Kebebasan Kewangan Anda Dengan Pelaburan.
Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan
pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia,
dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang
singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan
yang sah. ¡@ |
| Bagaimana mendapat keuntungan di Unit Trust
? Saya akan terangkan secara ringkas bagaimana pelabur mendapat keuntungan dari pelaburan di unit trust dan beberapa strategi penting yag mesti dipakai supaya pelabur tidak mengalami kerugian dalam pelaburan. Dalam unit trust, kebanyakan keuntungan tidak hanya bergantung kepada dividen atau bonus seperti ASB atau EPF setiap tahun, Unit Trust lebih terbuka kepada pasaran modal semasa kerana pengurus dana UT boleh melabur sehingga 95% kedalam ekuiti semada First Board, Second Board ataupun MESDAQ jika pasaran saham mempunyai potensi untuk mendapat untung yang tinggi. Berbeza dengan ASB ataupun EPF, pengurus dana tidak boleh melabur kedalam ekuiti dengan peratusan yang besar, biasanya adalah dalam linkungan 20-30% sahaja. Oleh kerana UT lebih terbuka kepada pasaran ekonomi semasa, UT akan mengalami kenaikan atau penurunan selaras dengan pergerakan ekonomi (fluctuate). Kenaikan nilai unit akan memberikan keuntungan kepada pelabur. Saya ambil contoh: jika pelabur membeli dengan harga RM1.00 untuk satu unit, apabila harga unit naik kepada RM1.10, pelabur sudah mendapat keuntungan sebanyak 10% tanpa perlu menunggu dividen ataupun bonus yang akan diumumkan oleh pengurus dana. gambarajah 1:
Contohnya pelabur A melabur RM10,000.00 kedalam dana 123 pada 1 Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur A akan mendapat 10,000 unit bagi Dana 123. Pada bulan April, harga unit telah naik sebanyak RM1.10, maka pelabur telah menjual semua unitnya yang berjumlah 10,000 unit dengan harga RM1.10, maka pelabur A telah mendapat jumlah semuanya RM11,000.00 iaitu pertambahan RM1000.00 dari modal asal. Peratusan keuntungan pelabur A adalah sebanyak 10% dalam tempoh masa 4 bulan. 10% keuntungan pelabur A adalah dari kenaikan harga unit sahaja tanpa ada dividen atau bonus. Bagaimana ingin membuat keuntungan semasa harga jatuh? (Dollar Cost Down) Sebenarnya didalam pelaburan UT, sejak 1972, harga unit sentiasa naik dan turun, pergerakan UT adalah dalam bentuk circle. Jika semasa pasaran sedang naik, pelabur akan berterusan mendapat keuntungan seperti gambarajah diatas, tetapi semasa harga jatuh, jika pelabur mengeluarkan pelaburannya pelabur akan rugi. Saya ambil contoh, Pelabur B melabur sebanyak RM10,000.00 dalam dana A pada Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur B memegang 10,000 unit. Pada bulan februari, harga unit dana A jatuh kepada RM0.80, oleh kerana pelabur B tertekan atau panik, dia menjual semua pegangannya dengan harga RM0.80 seunit dan mendapat balik wang sebanyak RM8000.00. Maka pelabur B sudah mengalami kerugian sebanyak RM2000.00. Jika pelabur B adalah pelabur yang bijak, pelabur B sepatutnya melakukan "Dollar Cost Down" strategy semasa harga jatuh. Cuba fikirkan konsep pelaburan "beli masa harga rendah, jual masa harga mahal", pelabur B telah melakukan kesilapan dengan melanggar hukum pelaburan ini iaitu menjual semasa harga rendah dan mengalami kerugian. Bagaimana melakukan "Dollar Cost Down" Gambarajah 2: Jika pelabur B seorang pelabur yang bijak, semasa harga jatuh RM0.80 pada bulan april,jika pelabur B mempunyai wang yang lain, beliau sepatutnya menambah pelaburan semasa harga rendah. Cuba kita kira, jika pelabur B membeli 10,000 unit lagi dengan harga RM0.80 seunit, purata modal seunit akan dikurangkan. Purata seunit = (1.00 + 0.80) / 2 = 0.90 Oleh kerana pelabur B telah mengurangkan kos unit pelaburannya, semasa harga naik kembali kepada RM1.00 pelabur B telah mebuat keuntungan sebanyak 10% daripada 20,000 unit (ingat, pelabur B telah menambah pelaburannya), maka pelabur B tidak perlu menunggu harga naik kepada RM1.10 untuk mendapat pulangan 10%. Jika anda pelabur, adakah anda ingin 10% dari 10,000 unit atau 10% dari 20,000 unit? , so pelabur B telah menjimatkan masanya dan yang paling penting beliau menang dalam situasi tersebut "win-win situation" Adakah betul Harga UT akan sentiasa naik bila jatuh? Sejak UT wujud di Malaysia tahun 1972, pergerakan harga unit trust sentiasa dalam bentuk "cycle", iaitu setiap kali ia naik, ia akan turun dan setiap kali dia turun dia akan naik, cuma tempoh kenaikan dan penurunannya tidak menentu, biasanya adalah dalam tempoh 2-3 tahun. Contoh salah satu pergerakan harga UT (Public Regular Saving Fund) dari Public Mutual Fund.
Harga unit trust mengalami kenaikan dan penurunan selaras dengan pergerakan KLCI (penentu aras ekonomi negara). Jika anda perhatikan dari gambarajah di atas, pulangan pelaburan dalam Unit Trust "Public Regular Saving Fund" sejak pelancaran dari tahun 1994 hingga sekarang (Tahun 2009), BSKL telah mengalami dua kali kejatuhan teruk iaitu tahun 1998 dan tahun 2008. Tetapi pulangan dalam dana ini masih boleh mengalami keuntungan pulangan sebanyak 266.95% ( Purata keuntungan setahun = 266.95% / 15tahun = 17.79% ). Jika anda beli dana ini sejak pelancaran dan jual kesemua unit anda pada sekarang iaitu pada 11-Dec-2009, maka anda dapat keuntungan sebanyak 266.95%, lebih 196.65% dari anda simpan di simpanan tetap (FD), Purata keuntungan FD cuma = 4.68% setahun seperti gambarajah di bawah:
Dalam pelaburan UT macam mana pun, sebagai pelabur anda perlu melakukan asset allocation yang sesuai dengan objektif pelaburan anda. Jika anda tidak pasti membuat keputusan, anda boleh mengubungi saya untuk bantuan. (Tel No: 019-6199 248 . Mr.Gan dari Melaka) Anda boleh juga menjadi Consultant Unit Trust secara part time atau full time jika anda berminat. Latihan akan diberikan dari masa ke semasa. Berikut adalah beberapa petua untuk pelaburan di Unit Trust.
Financial Planning ( Perancang Kewangan ) Mengapa kita perlu perancangan
kewangan jangka panjang?
Kita semua mengimpikan sebuah kehidupan yang
terjamin dan bahagia di samping keluarga. Namun, untuk merealisasikan impian
ini, kita perlu merancang kewangan kita bagi jangkamasa panjang dan secara
menyeluruh. Di sini kalkulator belanjawan dapat membantu anda. Muat turun kalkulator belanjawan ¡@ |